Home Semasa Ahli Majlis Tertinggi Amanah dibebaskan dari reman

Ahli Majlis Tertinggi Amanah dibebaskan dari reman

by M.Daim

Johor Bahru, 24 Mac – Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Amanah Negara, Mazlan Aliman telah dibebaskan dari tahanan polis awal pagi tadi.

Pembebasan beliau adalah 2 hari lebih awal sebelum tempoh reman 5 hari tamat.

Mazlan ditahan pada awal pagi Selasa lalu di rumahnya, Felda Bukit Ramun, Kulai. Penahanan beliau adalah bagi membantu siasatan mengenai kenyataan beliau yang dimuanaik dalam satu video di laman Youtube.

Video bertajuk  ‘Mazlan Aliman Amanah-Pecah Rahsia: Isteri Najib Razak di belakang Projek Ikan Sturgeon Yang Lingkup’  memaparkan ucapan Mazlan yang secara terbuka menuduh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam projek perternakan tersebut.

Utusan Malaysia Selasa lalu melaporkan pihak isteri Perdana Menteri telah membuat laporan polis menerusi peguamnya, Noor Hajran Mohd. Noor di IPD Sentul. Utusan Malaysia turut memetik kenyataan peguam yang mengatakan tindakan Mazlan adalah satu tuduhan dan fitnah jahat tanpa bukti serta asas kukuh.

Mazlan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

 

Related Articles

Leave a Reply