Home PolitikPakatan Harapan Memalukan, Tidak Demokratik: Khalid Samad

Memalukan, Tidak Demokratik: Khalid Samad

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 21 Mac – Video ucapan Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ketika pelancaran Briged Gempur Pemuda Barisan Nasional (BN) di Rembau yang tular di media sosial semenjak beberapa hari lalu didakwa menggalakkan budaya samseng di kalangan ahli Umno.

Video tersebut mendapat kritikan dari Khalid Samad yang menyifatkan tindakan tersebut memalukan dan menggalakkan kelakuan ganas dikalangan pengundi dan penyokong. Beliau merupakan Ahli Parlimen Shah Alam turut berpendapat tindakan tersebut adalah sangat tidak demokratik.

Malah, tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau dilihat sebagai satu tindakan yang terdesak semata-mata untuk memancing undi golongan belia.

Khalid Samad menyuarakan pendapat beliau ketika dihubungi oleh Air Times.

“Sifat Menteri Besar itu menunjukkan mereka berpihak kepada golongan samseng dan menggalakkan penyokong Barisan Nasional untuk tidak menghormati undang-undang negara” jelasnya lagi.

Related Articles

Leave a Reply