Home SemasaGlobal Isteri Donald Trump Jr. fail penceraian

Isteri Donald Trump Jr. fail penceraian

by Noor Sheila Amin

New York, 17 Mac – Isteri Donald Trump Jr, Vanessa Trump memfailkan perceraian di New York setelah 12 tahun bersama. Vanessa Trump, 40, mengahwini Donald Trump Jr, 40, pada November 2005 dan mereka mempunyai lima anak berusia antara tiga hingga 10 tahun.

Menurut laporan, bekas model itu memfailkan perceraian tidak dicabar, bermakna prosiding tidak memasukkan perbalahan berhubung hak penjagaan dan aset.

Beberapa minggu lalu, New York Post melaporkan pasangan itu berhadapan masalah perkahwinan, merujuk kekerapan Donald Jr melakukan lawatan dan gemar melayari Twitter seperti bapanya.

Pertengahan Februari lalu, Vanessa yang biasanya tidak mahukan perhatian media, mendapati dirinya menjadi tajuk utama selepas membuka surat yang dihantar kepada suaminya mengandungi serbuk putih misteri.Serbuk itu tidak berbahaya tetapi beliau dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga bersama-sama ibunya, yang ada bersama ketika Vanessa membuka surat.

Pada 1 Mac lalu, lelaki Massachusetts berusia 24 tahun ditangkap dan didakwa menghantar mesej ancaman dan serbuk berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply