Home Semasa Malaysia, Arab Saudi perkukuh kerjasama dua hala

Malaysia, Arab Saudi perkukuh kerjasama dua hala

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 15 Mac – Malaysia dan Arab Saudi akan memperkukuh kerjasama dua hala terutamanya dalam bidang anti keganasan dan jenayah rentas sempadan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu keselamatan bersama kedua-dua negara itu dibincangkan dalam perjumpaan beliau dengan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Abdulaziz Saud Al-Saud di Putrajaya.

Malaysia dan Arab Saudi telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Keselamatan pada 18 April 2011, ujar Ahmad Zahid.

“Malaysia amat menghargai hubungan kerjasama sedia ada dengan Arab Saudi.”

“Sebagai usaha ke arah memerangi ancaman jenayah rentas sempadan di rantau ini, Malaysia juga amat mementingkan hubungan dua hala akrab dengan negara-negara di rantau Asia Barat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena kunjungan hormat Putera Abdulaziz Saud Al- Saud terhadapnya di Perdana Putra.

Putera Abdulaziz Saud Al-Saud yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 21 Jun tahun lepas, kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Malaysia, bermula semalam.

 

Related Articles

Leave a Reply