Home PolitikBarisan Nasional Pelancaran manifesto BN pada 7 April

Pelancaran manifesto BN pada 7 April

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Barisan Nasional (BN) dijangka melancarkan manifesto secara besar-besaran pada 7 April ini, sekali gus memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) kemungkinan besar diadakan seawal akhir April atau awal Mei 2018.

Sumber memberitahu bahawa majlis pelancaran itu bakal diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil yang lebih besar berbanding di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN dijangka melancarkan manifesto itu di hadapan ribuan penyokong BN dari seluruh negara.

Semua 13 pemimpin kanan parti anggota komponen BN, termasuk dari Sabah dan Sarawak, akan turut hadir.

 

Related Articles

Leave a Reply