Home Semasa Ahli fizik terkemuka, Stephen Hawking meninggal dunia

Ahli fizik terkemuka, Stephen Hawking meninggal dunia

by M.Daim

London, 14 Mac – Ahli fizik terkemuka Britain, Profesor Stephen Hawking dilaporkan telah meninggal dunia di rumahnya sebentar tadi. Agensi berita BBC memetik kenyataan salah seorang ahli keluarga beliau yang memaklumkan berita kematian Stephen.

Penyakit motor neuron yang dialami beliau semasa belajar di universiti menyebabkan Stephen menggunakan kerusi roda sepanjang hayat.

Stephen Hawking, 76 tahun, dikenali atas kajian beliau mengenai lohong hitam dan teori relativiti. Beliau turut menulis beberapa buah buku terkemuka termasuklah A Brief History of Time.

Akibat mengalami penyakit saraf semenjak beliau berusoa usia 22 tahun, Stephen Hawking terpaksa menggunakan kerusi roda dan hanya mampu bercakap dengan menggunakan sintesis suara.

Ahli keluarga beliau memaklumkan bahawa beliau meninggal dunia di rumahnya berhampiran Universiti Cambridge.Profesor Stephen Hawking merupakan orang yang pertama memperkenalkan teori kosmologi sebagai gabungan teori relativiti dan mekanik quantum.

Related Articles

Leave a Reply