Home Pertahanan dan Keselamatan Hargai peranan TLDM menjaga perairan

Hargai peranan TLDM menjaga perairan

by M.Daim

Kota Kinabalu, 12 Mac – Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) , Sepanggar pada pagi tadi bagi menghadiri Program Jelajah Perkasa Perwira.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan, Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

Menteri Pertahanan menyatakan peranan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara wajar dihargai oleh semua pihak.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan komited dalam menjaga kebajikan warga TLDM dan ahli keluarga mereka. Ini terutamanya penugasan anggota TLDM di samudera adalah memakan masa yang lama dan berjauhan dari keluarga

“Melihat komitmen dan semangat anggota TLDM, terutamanya di PTKK, kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan pihak industri, ahli kawasan parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri sewajarnya diadakan dalam keadaan berterusan,” “Ini bermakna, hubungan antara semua pihak tidak perlu dipersoalkan lagi dan dipandang remeh kerana agenda kita adalah untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah serta penduduknya. Ini bagi memastikan kesiapsiagaan kita di Sabah berada di tahap yang sepatutnya,” kata Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu sidang media selepas Program Jelajah Perkasa Perwira.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan memastikan agenda kebajikan, kesihatan, latihan, pendidikan, perumahan dan kos sara hidup untuk warga TLDM dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa sebarang masalah.

Dalam program tersebut, Dato’ Seri Hishammuddin menyatakan bahawa beliau dan Datuk Seri Rahman Dahlan sedang berusaha untuk memperuntukkan kira-kira RM 5 juta untuk membaiki berek yang terjejas akibat gempa bumi.

“Rumah merupakan sesuatu paling penting (untuk anggota tentera). Kita tidak boleh membiarkan anggota bimbang akan keadaan kebajikan keluarga mereka. Kita (Kementerian Pertahanan) akan lancarkan Agenda Perumahan dalam masa seminggu dua lagi”

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia.

 

Beliau turut mengumumkan sumbangan bernilai RM 10 ribu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) PTKK.

Sebelum menghadiri program tersebut, beliau telah merasmikan Kiosk Petronas yang telah mula beroperasi semenjak Februari lalu. Pengwujudan kiosk ini sekaligus menyelesaikan masalah yang dihadapi warga PTKK sebelum ini dimana stesen minyak paling berhampiran adalah dalam lingkungan 20 kilometer dari pangkalan.

Beliau turut melawat tapak projek pembinaan jambatan di Kampung Gentisan. Jambatan yang mempunyai panjang 52.7 meter tersebut menghubungkan jalan utama ke PTKK dan bernilai RM 13.5 juta.

 

Related Articles

Leave a Reply