Home SemasaGlobal Korea Utara bertanggungjawab kata AS

Korea Utara bertanggungjawab kata AS

by Noor Sheila Amin

Washington, 8 Mac – Amerika Syarikat secara rasmi menyimpulkan bahawa Korea Utara mengarahkan pembunuhan abang yang juga pesaing kepada pemerintah Kim Jong-Un dengan racun agen VX yang dilarang.

“Perlakuan umum itu penghinaan terhadap norma universal yang menentang penggunaan senjata kimia. Ia terus menunjukkan sifat Korea Utara yang melulu dan kita tidak mampu bertoleransi dengan program nuklear mereka dalam apa bentuk sekalipun,” kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert.

Penemuan itu mencetuskan satu lagi sekatan ekonomi AS terhadap Pyongyang, ketika rejim itu bersedia untuk mengadakan perbincangan menamatkan kebuntuan nuklear dengan Korea Selatan.

Namun ia menghidupkan semula kontroversi sepanjang pembunuhan Kim Jong-Nam atau Kim chol tahun lalu, yang disembur agen kimia di muka oleh dua wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan boleh mengganggu percubaan untuk memulakan perbincangan.

Kim chol pernah dilihat sebagai bakal pewaris bapa mereka Kim Jong-Il selain beberapa laporan yang mencadangkan bahawa China mungkin akan mempersiapkan dirinya untuk menggantikan adiknya sekiranya berlaku krisis.

Nauert berkata, penyiasat AS yang beroperasi di bawah Akta Kawalan Senjata Kimia dan Biologi 1991 dan Akta Penghapusan Peperangan 1991 mendapati bahawa pada 22 Februari Korea Utara harus dipersalahkan atas pembunuhan itu dan racun agen VX digunakan.

Related Articles

Leave a Reply