Home Semasa Krisis air: Hannah cuba alih perhatian rakyat dengan salahkah BN, Splash

Krisis air: Hannah cuba alih perhatian rakyat dengan salahkah BN, Splash

by Air Times News Network

SHAH ALAM 9 Mac – Setelah gagal menyelesaikan krisis bekalan air di negeri ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh daripada DAP cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan menyalahkan Barisan Nasional (BN) kononnya menjadi punca kepada masalah itu.

Hannah dalam satu kenyataan hari ini dilihat cuba mengaitkan BN di sebalik krisis tersebut apabila menuduh parti itu yang melantik Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) sebagai pemegang konsesi pengurusan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3) sejak 30 tahun lalu.

Malah, Hannah turut menyalahkan Splash apabila mendakwa syarikat itu gagal mengemaskini status kerja-kerja pembaikan loji rawatan air berkenaan sehingga mengakibatkan gangguan bekalan dan menjejaskan aktiviti harian orang ramai serta operasi perniagaan.

“Splash yang merupakan syarikat konsesi dan pembekal air terawat untuk Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sepatutnya telah bersedia untuk mengendalikan insiden seumpama itu.

“Selain itu, pihak pengurusan Splash juga perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan mereka menyediakan pelan kontingensi di sebalik gangguan bekalan air di Lembah Klang termasuklah kejadian paip pecah yang menyebabkan beberapa kakitangan menjalankan kerja-kerja pembaikan di loji rawatan itu cedera,” katanya Selasa lalu, kira-kira dua juta pengguna di 498 kawasan di Selangor dan Lembah Klang berhadapan dengan krisis air ekoran kerja-kerja penyelenggaraan pam di Loji Rawatan Air SSP3.

Walau bagaimanapun, krisis bekalan yang sepatutnya diselesaikan pada hari ini terpaksa dilanjutkan sehingga 11 Mac ini disebabkan Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di loji itu pecah pada 6 Mac lalu.

Related Articles

Leave a Reply