Home SemasaGlobal DOJ di Jakarta untuk tuntut kapal Jho Low

DOJ di Jakarta untuk tuntut kapal Jho Low

by Noor Sheila Amin

Jakarta, 5 Mac – Pasukan pendakwa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) kini di Jakarta, Indonesia bagi menuntut kapal layar mewah  The Equanimity  milik Jho Low.

Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Rebublik Indonesia Daniel Silitonga berkata DOJ sudah berada di negara itu sejak seminggu yang lalu.

“Dua persoalan yang sudah dilaporkan oleh AS secara rasmi mengenai siasatan kes berkenaan rasuah dan pengubahan wang haram.

“DOJ AS yang melakukan tuntutan itu kini berada di Indonesia untuk mengadakan penyelarasan undang-undang antara Indonesia dan Amerika,” katanya kepada Malaysiakini.

Kapal layar Equanimity sebelum ini ditahan penguatkuasa Indonesia atas permintaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).

Pemfailan mahkamah oleh DOJ mendakwa kapal bernama The Equanimity itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Menurut polis Indonesia, kapten kapal, Rolf Sieboldt-Berry, seorang warga Afrika disyaki sengaja mematikan automated identification system (AIS) bagi mengelak pengawasan pihak berkuasa.

Khamis lalu Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata kerajaan tidak akan membuat tuntutan terhadap Indonesia kerana kapal itu bukan dimiliki kerajaan.

Sementara itu Silitonga turut ditanya adakah pihaknya menghentikan siasatan setelah menyerahkan kapal mewah itu kepada FBI, beliau berkata Indonesia hanya membantu siasatan dan akan menyerahkan bahan bukti kepada FBI.

“Indonesia tidak melakukan penyiasatan. Jadi kita akan serahkan semua bukti (kepada FBI) dan perkara-perkara yang kita dapat sepanjang kami lakukan siasatan di Indonesia,” katanya.

Jho Low melalui jurucakap berkata rampasan itu tidak berasas dan bermotifkan politik.

Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tiada bukti yang menunjukkan Jho Low adalah pemilik Equanimity.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply