Home SemasaGlobal Bunuh Diri Depan White House

Bunuh Diri Depan White House

by Noor Sheila Amin

Washington, 4 Mac – Seorang lelaki dilaporkan maut selepas menembak diri di laluan pejalan kaki yang sibuk berhadapan Rumah Putih semalam, kata pihak berkuasa.

Perkara itu disahkan oleh Jabatan Polis Washington DC menerusi laman Twitter rasminya.

Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) berkata, lelaki kulit putih itu dipercayai berjalan ke pagar di bahagian utara Rumah Putih pada 11.46 pagi (waktu tempatan) sebelum mengeluarkan pistol dan melepaskan beberapa tembakan.

Bagaimanapun, tiada satu pun tembakan yang dihalakan ke Rumah Putih.

Identiti lelaki berkenaan masih dirahsiakan bagi mendapat pengesahan waris, kata Perkhidmatan Rahsia.

Kejadian berlaku ketika ratusan pelancong berada di Pennsylvania Avenue berhampiran Rumah Putih, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Presiden Donald Trump dan isteri, Melania berada di resort Mar-a-Lago di Florida ketika kejadian.

Gangguan di sekitar Rumah Putih bukan perkara baru kerana pada 23 Februari lalu seorang wanita ditahan selepas merempuh penghadang keselamatan dengan keretanya berhampiran kediaman presiden.

Related Articles

Leave a Reply