Home SemasaGlobal Kapal induk berkuasa nuklear dalam masa terdekat

Kapal induk berkuasa nuklear dalam masa terdekat

by M.Daim

Beijing, 3 Mac – Agensi berita Global Times melaporkan syarikat pembinaan kapal negara itu, China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC) telah mengumumkan untuk mempercepatkan penguasaan beberapa teknologi bagi kegunaan sistem  dan peralatan ketenteraan.

Penguasaan teknologi yang dimaksudkan adalah kapal induk berkuasa nuklear, pembangunan kapal selam baharu, sistem pertahanan 3 dimensi di kawasan maritim dan sistem maklumat elektronik untuk kegunaan peperangan maritim.

Menurut Global Times, kenyataan yang dikeluarkan oleh CSIC secara tidak langsung mendedahkan salah satu rancangan negara itu untuk mempunyai kapal induk berkuasa nuklear. Namun begitu, pihak CSIC dilaporkan telah memadamkan kenyataan yang menyentuh kapal berkuasa nuklear.

Kapal induk merupakan salah satu daripada keperluan sesebuah negara besar untuk memastikan penguasaan kawasan maritim adalah terjamin.

China kali pertama menggunakan kapal induk pada tahun 2012 selepas melancarkan pengoperasian kapal induk Liaoning. Pada tahun lalu, China telah melancarkan kapal induknya yang kedua, Type001A, yang dibina berasaskan Liaoning. Kapal induk Liaoning merupakan kapal induk era Soviet yang dibeli oleh China dari Ukraine.

CSIC merupakan salah satu syarikat pembinaan kapal dan mempunyai fasiliti pembinaan dan baik pulih yang terbesar di negara itu. Mula ditubuhkan pada Julai 1999, CSIC dikenali atas kejayaan pembangunan dan rekabentuk kapal untuk kegunaan ketenteraan mahupun awam.

Related Articles

Leave a Reply