Home SemasaGlobal Maldives Menolak Jemputan Latihan Ketenteraan Dengan India

Maldives Menolak Jemputan Latihan Ketenteraan Dengan India

by Noor Sheila Amin

New Delhi, 28 Feb –  Maldives menolak jemputan India untuk menyertai latihan dwi tahunan (MILAN) bersama tentera laut  India yang akan bermula pada 6 Mac 18, kata Ketua Angkatan Laut India, Admiral Sunil Lanba semalam.

Maldives tidak memberi sebarang komen untuk keputusan itu, kata Lanba kepada pemberita ketika ditemui.

Menurut Sumber, lebih 16 buah negara telah mengesahkan penyertaan mereka untuk latihan itu.

Latihan dwitahunan ‘MILAN’ akan dilaksanakan di Kepulauan Andaman dan Nicobar yang berlatar belakangkan yang mana tentera China yang semakin berkembang di wilayah Indo-Pasifik dan  isu ini akan dipertimbangkan di antara ketua angkatan laut negara-negara peserta pada acara itu .

Latihan MILAN ini merangkumi perkongsian pandangan dan idea mengenai susunan baik maritim dan meningkatkan kerjasama serantau untuk memerangi kegiatan yang melanggar undang-undang di laut,” kata jurucakap Tentera Laut India Kapten K Sharma.

Selain menjalin kerjasama melalui latihan ketenteraan dan interaksi profesional, Kapten Sharma berkata ‘MILAN’ juga akan memberi peluang kepada tentera negara luar yang mengambil bahagian untuk memupuk ikatan yang lebih erat dalam menangani pelbagai cabaran keselamatan.

India, Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lain telah menekankan kebebasan  di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian beberapa buah negara. Pergerakan tentera China di Laut China Selatan akan dibincangkan  di kalangan ketua-ketua tentera laut negara-negara peserta pada Latihan MILAN itu nanti.

Related Articles

Leave a Reply