Home SemasaGlobal Kubur Tentera Digali Semula

Kubur Tentera Digali Semula

by Noor Sheila Amin

Jakarta, 28 Feb – Pihak berkuasa Indonesia semalam telah menggali semula kubur tempat mayat tentera British dan Belanda yang ditanam di Brondong, timur Jawa, selepas dibawa keluar secara haram dari bangkai kapal Perang Dunia Kedua.

Kerja menggali kubur itu turut disaksikan wakil Kementerian Luar serta Kedutaan Belanda.

Beberapa pekerja sebelum ini mengakui diupah mencari sisa dari bangkai kapal perang yang tenggelam ketika perang di Laut Jawa pada 1942 itu.

“Sebelum memotong kapal, mereka membersihkannya dan menemui mayat,” kata Ketua Daerah Brondong Kecil, Sariono.
Pekerja terbabit memberitahu pihak berkuasa, mereka menanam tulang manakala sisa lain dibuang ke dalam laut.
“Berdasarkan laporan itu, kita menggali semua kubur itu dan menemui tulang yang diisi dalam kotak kecil,” kata Sariono.

Lebih 900 kelasi Belanda dan Indonesia-Belanda mati ketika peperangan itu apabila tentera laut bersekutu kalah teruk kepada tentera laut Jepun.

Related Articles

Leave a Reply