Home Pertahanan dan Keselamatan “Anak-anak Malaysia diajak sertai ATM” – Panglima Angkatan Tentera

“Anak-anak Malaysia diajak sertai ATM” – Panglima Angkatan Tentera

by M.Daim
KUALA LUMPUR, 27 Feb – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyeru lebih ramai kaum bukan Bumiputera untuk menyertai organisasi pertahanan itu agar dapat mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan anggota dan masyarakat.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata ATM tidak pernah menutup peluang mana-mana kaum untuk menyertainya. Malah, beliau turut menyatakan salah seorang anggota ATM yang di hantar ke Sandhurst baru-baru ini adalah dari anggota masyarakat Tiong Hua.

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas merasmikan upacara Perasmian Op Perisai Akidah Peringkat ATM dan Pelancaran Buku Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di Auditorium MINDEF, Wisma Pertahanan di sini, semalam.
“Saya ingin katakan bahawa ATM tidak menutup sebarang peluang keanggotaan mana-mana kaum. Saya yakin mempunyai anggota pelbagai kaum mampu mengukuhkan lagi ATM”
Beliau turut menegaskan tiada sistem kuota sebagaimana yang selalu digembar-gemburkan oleh mana-mana pihak.
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi mengimbas semula kenangan beliau pada awal karier sebagai seorang anggota tentera di mana penglibatan anggota tentera dari bangsa bukan Bumiputera adalah ramai. Beliau turut menaruh harapan agar satu hari nanti, ATM dapat melihat semula penyertaan dari kaum bukan Bumiputera ke dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply