Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Bukan melayu ‘intai’ PAS: Abdul Hadi

Bukan melayu ‘intai’ PAS: Abdul Hadi

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 28 Feb-Undang-undang Islam yang diperjuangkan Pas setakat ini amat ditakuti DAP kerana bukan Islam juga dilihat cenderung untuk memilih sistem perundangan itu. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau melihat senario orang Cina bukan Islam di Aceh, Indonesia yang turut memilih sistem perundangan Islam berbanding konvensional.

“Ini menakutkan DAP dan parti-parti yang bukan Islam. Pasal apa dia (DAP) takut? Kerana kalau diamalkan, orang bukan Islam akan pilih hukum Islam. Ini berlaku di Aceh, Indonesia. Di Aceh, mereka diberi peluang untuk melaksanakan hukum Islam.

“Orang-orang Cina yang bukan Islam di Aceh diberi pilihan sama ada hendak hukum Islam atau hukum manusia? Tiba-tiba orang bukan Islam pilih hukum Islam. Ini yang dia (DAP) takut. Takut orang bukan Islam ini tengok Islam ini. Itu dalam bab undang-undang jenayah,” katanya seperti dipetik Harakah Daily hari ini.

Related Articles

Leave a Reply