Home Pertahanan dan Keselamatan Kampus Satelit PERHEBAT-UMS diwujudkan khas buat anggota, veteran ATM

Kampus Satelit PERHEBAT-UMS diwujudkan khas buat anggota, veteran ATM

by Nurulhuda

Kota Kinabalu, 27 Feb – Satu Majlis Pelancaran Kampus Satelit diantara PERHEBAT dan UMS telah diadakan di Universti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Kampus Satelit pertama di Malaysia yang diwujudkan khas buat anggota dan veteran tentera itu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

Kampus Satelit ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran veteran tentera ke tahap yang lebih tinggi dengan disokong oleh kepakaran UMS. Melalui hasil MoU PERHEBAT – UMS, sejak 2016 sejumlah 840 anggota dan veteran tentera menerima manfaat melalui penyertaan mereka didalam program Pra Latihan Peralihan dan Program Pembangunan Sosioekonomi Veteran Tentera (PSVT) PERHEBAT di Kampus UMS.

Related Articles

Leave a Reply