Home Semasa Veteran tentera bukan pengkhianat negara – Mior

Veteran tentera bukan pengkhianat negara – Mior

by M.Daim

Kuala Lumpur, 26 Feb – Veteran tentera, Mejar (B) Haji Mior bin Rosli mencabar Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan bin Man untuk berdebat secara terbuka di RTM pada bila-bila masa.

Mesej tersebut telah tular melalui aplikasi Whatsapp. Beliau mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi oleh Air Times. Menurut beliau, kenyataan Dato’ Seri Azlan yang menyatakan sesetengah veteran yang menentang kerajaan seolah-olah veteran tersebut adalah pengkhianat.

“Jangan sekali-kali memandang veteran sebagai pengkhianat negara,”

Mejar (B) Mior Rosli dalam wawancara ringkas dengan Air Times News Network

Beliau yang merupakan bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia berkata, veteran yang menyertai pasukan tentera dahulu berkhidmat dan setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan negara, bukannya kepada sesebuah parti politik.

Dalam kenyataan beliau melalui akaun laman sosial Facebook, Mejar (B) Mior mengingatkan Menteri Besar Perlis untuk membaca semula Perkara 41 dan Perkara 137 dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau turut menegur Dato’ Seri Azlan untuk tidak mengelirukan rakyat dan veteran bahawa BN (Barisan Nasional) itu kerajaan dan kerajaan itu BN.

Mengulas tentang Perlembagaan Negara dan undang-undang, beliau mememberitahu Air Times News Network bahawa beliau telah membuat kajian undang-undang mengenai kuasai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera dan Majlis Angkatan Tentera Malaysia.

Tambah beliau, kuasa ini telah lama diperkecilkan oleh orang politik dan berpendapat semua anggota tentera dan veteran harus tahu dan mendalami perkara ini.

Ketika dihubungi melalui panggilan telefon, Mejar (B) Mior menyatakan bahawa kerajaan tetap wujud biarpun parti yang dipilih rakyat untuk memerintah akan bertukar semasa pilihan raya. Tambah beliau, perlantikan seorang Menteri Besar perlu mendapat perkenan dari Sultan atau Raja yang menaungi sesebuah negeri.

Beliau turut menegaskan, sepatutnya kerajaan perlu hargai warga veteran akan pengorbanan mereka untuk menentang ancaman pengganas komunis satu ketika dahulu.

Related Articles

Leave a Reply