Home PolitikPakatan Harapan Harapan Perak Ada Kekuatan Sendiri: Chua Yee Ling

Harapan Perak Ada Kekuatan Sendiri: Chua Yee Ling

by Nurulhuda

Kuala Sepetang, 25 Feb – Harapan Perak mempunyai kekuatan tersendiri untuk menang pada PRU14 nanti walaupun dalam kombinasi baharu. Ketua Cabang PKR Bukit Gantang, Chua Yee Ling berkata, walaupun kali ini kepimpinan Harapan terdiri daripada gabungan baharu, namun potensi kepimpinannya wajar dikembangkan.

Menurutnya, ketika ini ramai pemimpin, aktivis, profesional  juga berpihak masuk ke Harapan.

“Ini salah satu kekuatan yang boleh menunjukkan Harapan mampu menjadi pilihan utama kepada mereka yang ingin membawa politik baru,” katanya kepada Sinar Harian, ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambah Yee Ling, Bukit Gantang, kali ini agak berbeza berbanding dahulu.

“Jika dahulu pilihan pengundi Melayu agak terhad iaitu sama ada memilih BN, Pas atau PKR.

“Tapi kali ini pilihan mereka sudah bertambah luas apabila kita ada parti baru seperti Bersatu dan Amanah,” katanya.

Dalam pada itu, Yee Ling turut menjangkakan bahawa PRU14 bakal dilaksanakan pada April depan.

“Namun tidak kira bila ia akan berlangsung, semua jentera dan gerak kerja sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply