Serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi itu dijalankan bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan antaranya penyeludupan senjata, dadah dan manusia.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kawasan yang diserbu merupakan sempadan Malaysia dengan negara jiran dan dikenal pasti menjadi laluan tikus digunakan PATI tersebut.

“Kita percaya mereka ini diseludup masuk ke negara ini oleh pemilik ladang getah di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti.

“Oleh itu, saya ingin memberikan amaran keras kepada pemilik-pemilik ladang getah yang terlibat bahawa mereka tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyertai Pertandingan Boling Integrasi bersama Media Jabatan Imigresen Malaysia 2018 di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square di sini.