“Kita sekarang dalam gelombang untuk menjatuhkan kerajaan BN, bagaimana kita hendak menjatuhkan sampai Pilihan Raya Umum (PRU).

“Ada empat parti dalam Pakatan Harapan, kita ada PKR, PPBM, DAP dan PAN tetapi malam ini ceramah perdana Pakatan Harapan, saya tengok tiada wakil PKR, tiada wakil DAP hanya saya seorang PPBM di sini,” katanya.

Dalam ceramah yang diadakan di Serdang itu, Abu Bakar turut meminta gabungan tersebut memberikan sokongan dan bersama sekiranya mengadakan sesebuah program.

“Lain kali saya minta tuan puan khususnya kepada pemimpin kalau kita hendak buat program, kita buat program bersama.

“Pakatan Harapan di Serdang ini ada tak pengerusinya? soalnya lagi