Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 50 tahun itu terdiri daripada tujuh lelaki warga Filipina, tiga warga tempatan termasuk seorang wanita.

“Kesemua suspek disyaki terlibat dalam aktiviti menguruskan kemasukan anggota pengganas dari Sabah ke selatan Filipina.

“Pihak berkuasa Singapura juga menahan seorang lagi suspek berasal dari Pulau Pinang yang disyaki merancang untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fuzi, kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIa – Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.