Home PolitikBarisan Nasional Penambahan kerusi wajar pada PRU 14: Idris Haron

Penambahan kerusi wajar pada PRU 14: Idris Haron

by Nurulhuda

BANDARAYA MELAKA,21 Feb  – Persempadanan semula kawasan pilihan raya serta penambahan kerusi pada PRU14 adalah wajar, memandangkan sesetengah kawasan mempunyai jumlah pengundi yang tinggi. Pada masa sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, langkah itu juga akan dapat membolehkan seseorang wakil rakyat yang terpilih menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan.

Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melihat kedudukan terbabit dengan mengadakan proses penyusunan dan persempadanan semula tanpa kepentingan politik. “Saya fikir ada keperluan untuk SPR mengkaji semula kedudukan lokaliti pengundi, seperti di kerusi Bukit Katil dan Tangga Batu yang kini mempunyai jumlah pengundi yang tinggi kira-kira 120,000 orang.

“Malah di Dun Paya Rumput, jumlah pengundinya sekitar 31,000 orang dan layak untuk diangkat menjadi sebuah parlimen baru. “Bagaimana seorang wakil rakyat hendak menjalankan tugas dengan baik, kalau satu Dun mempunyai jumlah pengundi 30,000 dan 35,000 orang,” katanya di sini.

Untuk rekod, Melaka kini mempunyai enam kerusi parlimen serta 28 kerusi Dun. Idris turut menyuarakan perlunya kawasan Parlimen Bukit Katil kembali kepada BN pada PRU14 bagi memastikan rakyat di kawasan terbabit dibela dengan sebaiknya. “Berilah peluang kepada BN terus berkhidmat kepada rakyat kerana kita berkhidmat tidak mengenal musim,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply