Home Semasa Kecurian kabel punca Kuching bergelap

Kecurian kabel punca Kuching bergelap

by M.Daim

Kuching, 20 Feb – Syarikat Sesco Bhd memaklumkan masalah bekalan elektrik di beberapa kawasan di Kuching pada malam sambutan Tahun Baru Cina lalu adalah berpunca dari cubaan mencuri kabel.

Dalam kenyataan oleh Sarawak Energy, 2 kabel 33kV bawah tanah dari Matang ke pencawang 33kV Astana – berhampiran  kawasan pembinaan di Bulatan Datuk Temenggong Abang Kipali – ditemui telah dipotong. Cubaan mencuri kabel tersebut telah menyebabkan kerosakan pada fasiliti dan menyebabkan kawasan Astana dan kawasan sekitarnya, Semariang dan sebahagian kawasan di Santubong bergelap.

Pasukan teknikal SESCO telah berjaya memulihkan bekalan ke kawasan terjejas dalam masa 20 minit. Kerja-kerja mengesan dan membaiki  kerosakan pula mengambil masa 15 jam untuk siap kerana tahap kerosakan akibat cubaan mencuri tersebut yang teruk.

 

Related Articles

Leave a Reply