Home SemasaGlobal Industri Pertahanan Eropah memerlukan pasaran eksport untuk kekal – Menteri Pertahanan Perancis

Industri Pertahanan Eropah memerlukan pasaran eksport untuk kekal – Menteri Pertahanan Perancis

by M.Daim

Munich, 17 Feb – Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly, menyatakan bahawa negara-negara Eropah perlu memberi fokus kepada pasaran eksport persenjataan bagi memastikan kesinambungan industri pertahanan serantau.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa menghadiri Persidangan Keselamatan Munich pada Jumaat lalu. Beliau menegaskan bahawa peningkatan kerjasama pertahanan antara negara-negara Eropah tidak akan kukuh jika tidak memberikan fokus kepada pasaran eksport.

Kenyataan Parly adalah untuk menjawab soalan mengenai penjualan eksport persenjataan dan undang-undang yang berkaitan semasa persidangan tersebut. Ini adalah berlanjutan dari isu penjualan persenjataan kepada negara-negara yang terlibat dalam krisis di Yaman.

Selain daripada itu, beliau turut mempertahankan polisi eksport yang dilaksanakan oleh Perancis yang disifatkan mempunyai peraturan yang ketat serta menyifatkan kriteria tersebut adalah penting bagi industri pertahanan negara itu.

“Dalam erti kata lain eksport persenjataan perlu mematuhi peraturan dan syarat yang ketat, tetapi perkara ini tidak perlu dilihat dari sudut negatif semata-mata. Isu ini mungkin sukar tetapi ianya tetap penting,” tambah Parly.

Pada masa yang sama, beliau turut memperakui bahawa industri pertahanan Eropah perlu mengambil beberapa langkah perlu termasuklah mengabungkan serta memperkukuhkan cabang-cabang industri pertahanan yang sedia ada, sebagaimana yang telah dilakukan oleh sektor industri yang lain.

Related Articles

Leave a Reply