Home SemasaGlobal British jual kapal amfibi.

British jual kapal amfibi.

by M.Daim

London, 17 Feb – Media Britain, The Telegraph, hari ini melaporkan kapal amfibi dan pengangkut helikopter, HMS Ocean (L12) telah dijual kepada Brazil sebanyak 84 juta pound ( RM 458.85 juta). Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Pertahanan Britain.

HMS Ocean yang mula berkhidmat dalam Royal Navy semenjak tahun 1998 pada mulanya dirancang untuk dilupuskan pada akhir tahun ini dan peranannya digantikan oleh HMS Queen Elizabeth.

Kapal yang mempunyai sesaran kira-kira 22,000 tan tersebut telah memainkan pelbagai peranan dalam sejarah Britain termasuklah melaksanakan misi bantuan kemanusiaan (HADR) di kawasan Caribbean dan juga melaksanakan misi keselamatan semasa Sukan Olimpik 2012 di London.

Tentera Laut Brazil akan membayar kerja-kerja selenggaraan dan baik pulih HMS Ocean yang akan dilakukan oleh Babcock dan BAE Systems, yang merupakan dua firma dari Britain. Brazil dijangka akan mula memiliki kapal tersebut dalam perkhidmatan mereka pada Jun ini.

Penjualan tersebut yang disahkan oleh Kementerian Pertahanan Britain sekaligus menutup khabar angin di Britain mengenai status HMS Ocean.

Clive Walker dari Autoriti Penjualan Aset Pertahanan, Kementerian Pertahanan Britain menyatakan, hasil penjualan HMS Ocean akan digunakan dalam belanjawan pertahanan Britain.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply