Home Pertahanan dan Keselamatan ‘Perkasa Perwira’ bagi memastikan perancangan Kementerian Pertahanan capai objektif disasarkan

‘Perkasa Perwira’ bagi memastikan perancangan Kementerian Pertahanan capai objektif disasarkan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini telah merasmikan pelancaran Logo Perkasa Perwira yang bertempat di Wisma Perwira ATM.

“Saya dan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM telah memutuskan agar satu identiti diwujudkan bagi memastikan segala perancangan kita di Kementerian Pertahanan dan ATM mencapai objektif yang disasarkan” kata Hishammuddin.

Identiti ini dinamakan ‘Perkasa Perwira’. Secara ringkasnya, perkataan ‘Perkasa’ melambangkan usaha memperkukuh dan menambah baik. Manakala perkataan ‘Perwira’ pula melambangkan pahlawan dan pejuang yang terdiri daripada warga ATM, veteran ATM serta warga awam Kementerian Pertahanan

Oleh demikian ‘Perkasa Perwira’ membawa maksud ‘pengukuhan kepada warga ATM dan Kementerian Pertahanan’.

Inisiatif Perkasa Perwira ini merupakan inisiatif turun padang ke seluruh negara yang dilaksanakan dengan bersandarkan dua objektif utama.

“Obejektif pertama, bagi membolehkan Hishammuddin dan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM memantau setiap projek, inisiatif dan program yang telah dirancang agar ia dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab”.

“Manakala objektif kedua, membolehkan Hishammuddin dan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM berinteraksi yang berada di akar umbi agar segala perancangan yang dilaksanakan dapat dirasai, dihargai dan disokong oleh golongan sasar”.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohd Radzi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin.

Related Articles

Leave a Reply