Home PolitikBarisan Nasional Inilah Istiqomah Yang UMNO Lakukan – Reezal Merican

Inilah Istiqomah Yang UMNO Lakukan – Reezal Merican

by Nurulhuda

KEPALA BATAS, 13 Feb – UMNO sedia menghadapi sesiapa saja parti lawan yang ingin bertanding dalam PRU14 di kawasan Parlimen Kepala Batas. Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, menjadi tradisi bagi kerusi Parlimen itu yang mana sebelum ini Umno sentiasa berdepan dengan calon Pas, dan PRU kali ini mungkin lawannya datang akan bertambah.

“Pilihan raya adalah pesta demokrasi, kami di Kepala Batas dah berzaman mempunyai tradisi melalui pilihan, calon sentiasa berdepan dengan kami adalah daripada Pas. “Sesiapa saja datang kita alu-alukan dan kita tidak ada halangan, kerana ini adalah negara yang mengamalkan demokrasi cuma yang seperti saya katakan dulu budaya yang sentiasa dipelihara sejak dahulu adalah mengutamakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Jualan Murah Bantu Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi di sini. Katanya, Umno mempunyai rekod melakukan khidmat dan sentuhan kepada isi hati rakyat. “Kita bukan ‘touch n go’, kita ‘go n touch’ ia bukan benda yang baru malahan dilakukan sejak dahulu lagi.

“Inilah istiqomah yang kita lakukan, jadi kalau nak datang, datang atas nama berkhidmat, Alhamdulillah datang, tapi biarlah mengekalkan tradisi yang selama ini menjadi iklim yang diamalkan sekian masa dulu di sini,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply