Home SemasaGlobal India Kerah Komando Halang Aktiviti Meniru Dalam Peperiksaan

India Kerah Komando Halang Aktiviti Meniru Dalam Peperiksaan

by Noor Sheila Amin

MUMBAI, 13 Feb – India buat pertama kali me­ngerah komando dari unit antikeganasan dan pegawai risikan tentera menghalang aktiviti meniru di kalangan pelajar yang menduduki peperiksaan yang akan melayakkan mereka memasuki universiti.

Portal Al-Arabiya melaporkan, langkah itu dilaksanakan di negeri Uttar Pradesh ke atas 6.6 juta pelajar kelas 10 dan 12 yang menduduki peperiksaan Lembaga Negeri bermula 6 Februari hingga 12 Mac ini.

Pada masa sama, bagi memastikan peperiksaan itu bebas akti­vi­ti tidak bermoral, pegawai polis dan kakitangan jabatan pendidikan membuat pemantauan elektronik menerusi rakaman kamera litar tertutup dan siaran langsung daripada hampir 10,000 pusat peperiksaan.

“Kami tidak akan benarkan sesiapa terlepas kali ini,” kata Timbalan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Dinesh Karma yang menjelaskan, terdapat mafia meniru di seluruh negara yang kegiatannya dibiayai sama ada oleh pelajar mahupun oleh ibu bapa dengan jumlah bayaran yang mahal.

Related Articles

Leave a Reply