Home SemasaGlobal Kapal Perang British akan berlayar di Laut China Selatan

Kapal Perang British akan berlayar di Laut China Selatan

by M.Daim

Sydney, 13 Feb – Sebuah kapal perang British dijangka akan berlayar di Laut China Selatan pada bulan hadapan. Laporan AFP menyatakan pelayaran tersebut adalah sebagai satu mesej akan hak pelayaran bebas di kawasan tuntutan bertindih tersebut.

Setiausaha Pertahanan British, Gavin Williamson menyatakan bahawa HMS Sutherland akan tiba di Australia pada minggu ini.

“Dalam pelayaran pulang ke British, kapal tersebut akan berlayar melalui Laut China Selatan bagi memberi mesej yang jelas bahawa kita (dan mana-mana kapal) mempunyai hak pelayaran secara bebas di perairan tersebut,” kata Gavin Williamson.

Namun begitu, beliau tidak menyatakan sama ada HMS Sutherland akan berlayar dalam zon 12 batu nautika dari kawasan tuntutan bertindih atau pulau buatan oleh China, seperti mana yang pernah dilakukan oleh kapal-kapal US Navy sebelum ini.

Pada Januari lalu, Tentera Laut China (PLAN) bertindak menghantar sebuah kapal untuk mengusir sebuah kapal pembinasa US Navy yang berlayar di kawasan berhampiran satu terumbu dibawah kawalan China.

HMS Sutherland merupakan kapal frigat kelas Duke (Type 23) milik Royal Navy dan direka khusus untuk melaksanakan misi pertempuran di bawah permukaan.

Related Articles

Leave a Reply