11 RAMD pintas PATI

by M.Daim

Biawak, 13 FEB – Semalam, Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja telah melaksanakan pemantauan di laluan belakang ladang sawit Pak Langi, kira-kira 200 meter dari Sempadan Malaysia/Indonesia. Setelah 2 jam berlalu, kumpulan tersebut telah menjumpai 3 orang warga Indonesia sedang berjalan melalui lorong tikus berhampiran Sempadan Malaysia/Indonesia menuju ke Indonesia.

Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia memaklumkan, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Leftenan Kolonel Salmi bin Istikh Ahmad, selaku Pegawai Memerintah 11 RAMD, rakyat Indonesia tersebut didapati bersalah kerana mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, dan bergerak keluar masuk sempadan melalui jalan yang tidak dibenarkan.

Ketiga-tiga PATI berkenaan adalah berumur dalam lingkungan 20 sehingga ke 40 tahun. Kesemua PATI dibawa ke Balai Polis Lundu untuk tindakan selanjutnya oleh pihak polis.

 

Related Articles

Leave a Reply