Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tiada kuota kaum untuk menyertai Tentera Darat– Panglima Tentera Darat

Tiada kuota kaum untuk menyertai Tentera Darat– Panglima Tentera Darat

by Air Times News Network

Port Dickson, 10 Feb – “Saya mengambil kesempatan ini untuk mengundang dan menjemput anak-anak muda dari kaum lain untuk turut serta sebagai anggota pasukan keselamatan khususnya Tentera Darat Malaysia,” kata Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zulkiple Kassim di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA).

“Kita tiada kuota penyertaan kaum,” kata Panglima Tentera Darat semasa Sidang Media.

“Kalau boleh, kita nak penyertaan berbilang kaum. Kita nak lihat penyertaan anak-anak watan dari kaum-kaum lain.”

Kali ini seramai 1,697 orang Perajurit Muda Lelaki Siri 184/17 berjaya menamatkan latihan tersebut.

Terlebih dahulu, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim menyampaikan beberapa anugerah kepada Perajurit Muda Lelaki. Mohammad Shafiq bin Ramli, 19 tahun, dari Kedah telah dipilih sebagai Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik. Anugerah Perajurit Muda Akademik Terbaik pula disandang oleh Muhammad Azwan Bin Hussin dari Selangor. Shahrul Nizam dari Sarawak mendapat Anugerah Perajurit Muda Kecergasan Jasmani Terbaik manakala Muhammad Aizuddin bin Aziz merangkul Perajurit Muda Kawad Terbaik. Nickole Malunya@Melanu dari Sabah merangkul Anugerah Perajurit Muda Menembak Terbaik.

Perajurit Muda Lelaki Siri 184/17 kali menyaksikan penyertaan paling ramai dari Kelantan iaitu seramai 365 orang, Sarawak seramai 329 orang dan Sabah seramai 286 orang.

Turut hadir ke perbarisan ini adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi, Panglima-panglima Medan, dan Panglima-panglima perkhidmatan.

Related Articles

Leave a Reply