Home PolitikPakatan Harapan Hentikan kerjasama dengan China jika menang PRU14

Hentikan kerjasama dengan China jika menang PRU14

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 7 Jan – Pakatan Harapan (Harapan) perlu menghentikan sebarang kerjasama dengan China jika menang PRU14.

Wakil tentera, Kapt (B) Zainal Abidin Naus berkata, kerajaan hari ini yang membentuk kerjasama dengan China dilihat seperti tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan terdahulu.

“Kami dulu… masuk keluar hutan mempertahankan negara daripada ancaman komunis, tapi sekarang kerajaan mengalu-alukan kerjasama dengan mereka yang berkefahaman komunis itu.

“Mereka (China) diberi peluang berniaga secara besar-besaran konon untuk memacukan ekonomi negara yang akhirnya mungkin mereka pula menguasai ekonomi kita,” katanya ketika berucap mewakili tentera bersara pada Konvensyen Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

Katanya, perkara itu tidak wajar berlaku kerana sudah tentu banyak lagi syarikat-syarikat yang boleh bekerjasama dengan Malaysia untuk ekonomi dan bukannya hanya China.

“Kami veteran tentera berharap segala bentuk perjanjian dibatalkan dengan China,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan hari ini turut tidak menjaga kebajikan bekas tentera dan juga anggota keselamatan yang lain.

“Kos sara hidup makin meningkat. Pesara tentera hari ini terpaksa meneruskan kehidupan.

“Ramai yang terpaksa kerja semula kerana duit pencen tak mampu tampung kehidupan hari ini, saya bercakap secara am sahaja,” ujarnya.

Jelasnya, penyelarasan pencen seharusnya perlu adil dari semasa ke semasa.

“Berilah perhatian sewajarnya. Janganlah bekas tentera, dan keselamatan negara ini dibiarkan sahaja.

“Kerana itu, dalam pemerhatian saya, benarlah rakyat berharap satu perubahan.

“Bekas tentera pun akan berubah akan sokong Harapan, tetapi apa yang membimbangkan mereka adalah keyakinan.

“Mereka ini memerhati sahaja, tak mahu keluar mukut harimau masuk naga,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bekas tentera agar menentang demi sebuah kebaikan.

“Janganlah setia membuta tuli. Ikutlah Hang Jebat!,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply