Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM terima Anugerah Media Sosial Malaysia 2017

TUDM terima Anugerah Media Sosial Malaysia 2017

by Air Times News Network

Kuala Lumpur, 10 Nov – Bahagian Perhubungan Awam TUDM (MTU-Sekretariat Delta) telah berjaya mengharumkan nama TUDM setelah dinobatkan sebagai penerima anugerah dari Dewan Sosial Media Malaysia pada Malam Anugerah Media Sosial Malaysia Tahun 2017 yang diadakan di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM telah merangkul Anugerah “Best Social Media Excellence Award (Public Services Sector)” dimana penilaian bagi penerima anugerah ini dilaksanakan berdasarkan keaktifan penyaluran rencana/informasi menerusi platform media sosial iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Keruak.

Anugerah Media Sosial Malaysia adalah merupakan anugerah yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan agensi kerajaan mahupun swasta yang menggunakan medium media sosial sebagai platform hebahan maklumat kepada umum.

Sebanyak 33 kategori telah dipertandingkan dalam Anugerah Media Sosial Malaysia yang membabitkan penglibatan pencalonan sebanyak 240 agensi. Penilaian yang dibuat dari panel profesional telah mengenalpasti 33 pemenang yang layak bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Related Articles

Leave a Reply