Home Pertahanan dan Keselamatan Kerjasama trilateral Malaysia, Indonesia, Filipina kekang pengganas

Kerjasama trilateral Malaysia, Indonesia, Filipina kekang pengganas

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Kerjasama trilateral antara Malaysia, Indonesia dan Filipina disifatkan sebagai langkah tepat bagi mengekang penularan aktiviti pengganas Daesh di rantau Asia.

Ancaman individu berkenaan masih relevan kerana ketika ini tidak mustahil kumpulan Daesh yang “bertapak” di Marawi, selatan Filipina sebelum ini akan menyelinap masuk

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein

“Hidup dalam dunia tanpa sempadan dan lihat apa yang berlaku di Marawi selain apa yang terpaksa dihadapi rakyat di Syria dan Iraq, ia memberi kesan kepada (pasukan) pertahanan negara dan rantau ini.

“Mereka (kumpulan Daesh) mengumumkan kewujudan kawasan Islamic State (Wilayah Islamiah) di tiga negara ini, selain Jepun dan Singapura,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi kementeriannya, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanudiin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang bertanyakan mengenai tahap kesiapsiagaan negara ini sekiranya wujud operasi susulan pengganas yang berpangkalan di Marawi sebelum ini.

Hishamuddin juga berkata, kumpulan Daesh kini mendapat sokongan menerusi media sosial yang dilihat sebagai kaedah ancaman baharu.

“Ia tidak hanya wujud di Malaysia, negara lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak terkecuali.

“Oleh itu, saya harap semua pihak melihat ancaman yang dihadapi ketika ini secara serius,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply