Home SemasaGlobal China rancang tambah hukuman berat ejek bendera dan lagu kebangsaan

China rancang tambah hukuman berat ejek bendera dan lagu kebangsaan

by Air Times News Network

BEIJING – CHINA, 31 Okt – Kerajaan China merancang menambah hukuman berat terhadap tindakan mengejek bendera atau lagu kebangsaan negara itu di tempat awam.

Menurut laporan SCMP, hukuman sedia ada iaitu penahanan 15 hari dianggap terlalu ringan.

Mengubah lirik atau irama lagu kebangsaan juga dianggap sebagai satu ejekan.

Selain itu, hukuman lebih berat seperti penjara sehingga tiga tahun dijangka dikenakan terhadap mereka yang membakar, memijak atau meletak najis pada bendera China di tempat awam.

Sebuah draf diusulkan di Parlimen semalam berkenaan cadangan perubahan hukuman tersebut.

Keputusan melibatkan draf berkenaan dijangka diketahui seawal akhir minggu ini apabila sesi perbahasaan ditutup.

Related Articles

Leave a Reply