Home Pertahanan dan Keselamatan ATM Bakal Terima Lebih 20 Aset Menerusi Bajet 2018 – Hishammuddin

ATM Bakal Terima Lebih 20 Aset Menerusi Bajet 2018 – Hishammuddin

by Air Times News Network
https://www.facebook.com/HishammuddinH2O/videos/10155334212289355/

KLUANG, 28 Okt  – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima perolehan lebih 20 aset baharu menerusi Bajet 2018, yang diumumkan semalam, bagi meningkatkan kesiapsiagaan.

RM14 Billion Untuk ATM

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau bersyukur dan terharu dengan peruntukan berjumlah RM14 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan kerajaan meluluskan apa yang dipohon Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

TDM – 6 Buah Heli, Meriam dan Peralatan GGK

“TDM bakal menerima perolehan aset baharu merangkumi enam Light Attack Helicopter (MD 530-G), meriam 155mm Self Propelled Howitzer, meriam 105mm Pack Howitzer dan peralatan khas bagi Gerup Gerak Khas (GGK).

“Perolehan aset dan kelengkapan latihan GGK ini penting bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani ancaman keselamatan semasa terutamanya ancaman militan Daesh,” katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas memberitahu pemberita demikian selepas melancarkan Task Force Agenda Pendidikan Sembrong (TAPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Paloh di sini, hari ini.

TLDM – 6 LCS, 4 LMS dan 1 MRSS

TLDM pula bakal menerima kapal membabitkan enam Littioral Combat Ship (LCS) dan empat Littioral Mission Ship (LMS) yang masing-masing masih dalam proses pembinaan selain merancang memperoleh kapal kelas kelima Multi Role Support Ship (MRSS) di bawah Program Transformasi 15-to-5.

TUDM – 4 Buah MPA

Bagi TUDM, katanya, kerajaan meluluskan perolehan empat unit pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang akan digunakan untuk mengawasi perairan negara termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka di bawah program Malacca Straits Patrol.

Menurutnya peruntukan Bajet 2018 juga akan digunakan untuk memperkukuh tahap keselamatan di Sabah dan Sarawak dengan sebanyak RM22 juta akan digunakan bagi menaik taraf pos kawalan sedia ada serta membina 18 pos kawalan baru di sempadan Sabah/Sarawak dengan Kalimantan.

“Penaiktarafan ini melibatkan lima pos kawalan sedia ada yang akan dinaik taraf menjadi pos gabungan iaitu dua di Sabah (Pos Saliliran dan Pos Serudong) serta tiga di Sarawak (Pos Kandie, Pos Tebedu dan Pos Serikin),” katanya.

Related Articles

Leave a Reply