Home Pertahanan dan Keselamatan Kor Agama Angkatan Tentera sasar anggota tentera sifar buta Al-Quran

Kor Agama Angkatan Tentera sasar anggota tentera sifar buta Al-Quran

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) menyasarkan sifar buta al-Quran dalam kalangan anggota tentera bagi memartabatkan ketinggian ilmu dan kemulian kitab suci itu.

Ketua Pengarah Kagat Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat berkata pelbagai program telah dilaksanakan dalam memastikan semua anggota tentera beragama Islam dapat menguasai al-Quran antaranya dengan memperkenalkan teknik Cepat Baca al-Quran (CBQ).

“Melalui inisiatif yang telah dilaksanakan beberapa tahun ini, kita mendapati makin ramai anggota yang sudah mula tahu membaca dan fasih al-Quran.

“CBQ ini hanya memerlukan 18 jam bagi membolehkan anggota tentera mengenal huruf sebelum membolehkan mereka membaca ayat-ayat suci,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tilawah al-Quran peringkat Angkatan Tentera Malaysia (MTQ ATM) ke-68 di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Majlis bertemakan Kesatuan ATM Asas Kesejahteraan Negara itu disertai 14 pegawai dan anggota tentera dari seluruh negara.

Related Articles

Leave a Reply