Home Semasa Militan rancang sabotaj Better Beer Festival 2017

Militan rancang sabotaj Better Beer Festival 2017

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Kumpulan militan dipercayai merancang untuk melakukan sabotaj terhadap penganjuran Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan berlangsung di Solaris Dutamas, di sini pada 6 dan 7 Oktober ini.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan bagi mengelakkan sebarang insiden di luar kawalan berlaku, pihaknya melarang penganjuran festival tersebut demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

“Maklumat mendedahkan kumpulan militan merancang sabotaj kerana menganggap penganjuran festival tersebut sebagai sesuatu yang bertentangan dengan perjuangan mereka.

“Selain itu, maklumat juga mendedahkan terdapat beberapa pihak yang merancang untuk menimbulkan kekacauan semasa festival itu berlangsung,” katanya dalam satu kenyataan.

Related Articles

Leave a Reply