Home SemasaGlobal Emirates batalkan penerbangan akibat taufan Irma

Emirates batalkan penerbangan akibat taufan Irma

by Air Times News Network

DUBAI, 10 Sep – Syarikat penerbangan (Emirates Airlines) hari ini telah membatalkan beberapa penerbangan ke Amerika Syarikat apabila taufan Irma terus mengancam beberapa bahagian negara itu.

Menerusi laman sesawang syarikat penerbangan yang berpangkalan di UAE itu menyatakan bahawa penerbangan pergi atau balik dari Fort Lauderdale dan Orlando telah dibatalkan bagi penerbangan pada 8 hingga 11 September ini.

Dalam kenyataan itu, turut menasihatkan para penumpang terlibat untuk berhubung dengan ejen atau terus menghubungi pusat panggilan syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan maklumat mengenai status penerbangan atau tempahan semula. – Gulf News

Related Articles

Leave a Reply